Sunday, July 29, 2012

INDAHNYA KEKASIH ALLAH S.W.T

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer cikgu zul sekolah memandu

hari ni, nak berkongsi kisah Rasulullah yang suka bergurau senda.. Subhanallah..kalau lah Rasulullah masih ada.. opps..cik zul macam biasa., p solat tarawih..yang menulis blog ini adalah ananda nya cikgu zul..

suatu hari, Rasulullah bersama sahabat nya, Saidina Ali duduk bersama makan bersama buah kurma. SaidinaAli makan buah kurma sambil memandang baginda yang juga sedang menikmati kurma tersebut. lalu, tanpa Rasulullah sedar, Saidina Ali telah memindahkan biji-biji kurma yang dimakannya kepada sisi Rasulullah. Berkata lah Saidina Ali, "Wahai Rasulullah, hebatnya kamu memakan buah kurma dengan begitu banyak sekali," lalu Rasulullah tersenyum melihat biji-biji kurma itu sambil berkata, "wahai Ali, kamu lagi hebat. Kamu makan buah kurma dengan biji-biji nya sekali.."


Manakala dalam riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w pernah bergurau dengan seorang wanita tua yang datang dan berkata, “Doakan aku kepada Allah agar Allah memasukkan aku kedalam syurga .”
Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, “Wahai Ummu Fulan! Sesungguhnya di syurga nanti tidak akan ada orang2 tua .”
Maka wanita tua itu pun menangis. Lantas kemudian, Rasulullah s.a.w memahamkannya, bahawa disyurga tiada orang tua kerana ketika dia memasuki syurga nanti, tidak akan masuk syurga sebagai orang yang sudah berumur, tetapi akan berubah menjadi muda belia dan cantik.
Lalu Rasulullah s.a.w membaca firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (wanita-wanita syurga) itu dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al Waqi’ah: 35-37)

-sumber post dari : gurau .. begitu indah cara Rasulullah bergurau dengan teman2 nya kan..



No comments:

Post a Comment

terima kasih.. :)