Wednesday, November 21, 2012

PROSES MENDAPATKAN LESEN P 2014, UPDATED !!

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer cikgu zul sekolah memandu

masih tak pasti proses pengeluaran lesen memandu? sebelum ni en zul sekolah memandu ada keluarkan post proses mendapatkan lesen L .so,bila dah dapat lesen L apa pulak yang seterusnya??

untuk makluman, Test JPJ hanya boleh dibuat selepas 1 bulan dari tarikh lesen L dikeluarkan iaitu setelah cukup tempoh matang nya. mahu tengok contoh ka? meh tengok ni..



 ha...nampak tak kat Tempoh :19/11/2012- 18/2/2013 tu?

tarikh lesen dikeluarkan adalah pada 19/11/2012, maka, kalian boleh ambil test JPJ sebulan selepas tarikh tersebut.makna nya kalau ada test JPJ pada 20/12/2012, boleh la  booking kalu nak ambil test pada hari tu..

 yang tempoh sampai 18/2/2013 tu kenapa pulak?

ha..yang tu, adalah tempoh sah yang dibenarkan JPJ kepada mana2 calon untuk menjalani latihan memandu or menunggang motor. lesen  L (D) hanya digunakan untuk belajar kereta sahaja okeyh..tak boleh bawa jalan merata lagi.. kalau tak sempat nak habiskan latihan dalam tempoh tiga bulan tu, maka kena perbaharui semula lesen L tu, boleh renew untuk tiga  @ enam  @ sembilan bulan terus.. Nak renew macam mana?? ok, boleh pergi ke mana-mana pejabat pos atau JPJ  dan bagitahu ke kaunter nak renew lesen. Serah lesen L yang tamat tempoh tu ok. Renew L kelas D RM30 untuk 3 bulan, lesen L kelas B2 RM2 untuk 3 bulan.


PROSES DAPATKAN LESEN P

Lesen L dikeluarkan ---> Kpp2 (amali dalam litar ) ---> KPP 3 (latihan memandu) -->ujian kelayakan memandu (QTI) (1jam) ---> ujian  JPJ (waktu yang paling mendebarkan..hehe) ---> lulus ---> lesen P (waktu yang paling menggembirakan.. :)

ha...simple je prosesnye. dah dapat lesen P jangan lupa lekatkan sticker P di kenderaan anda pada cermin depan dan belakang belah kiri ok..bye.. :)

2 comments:

  1. salam sejahtera,

    tumpang tanye .. kalau nk renew lesen 'L' acane plak proses nyer, bayaran nyer berapa.

    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. s sejahtera.. untuk renewal lesen hanya perlu ke pejabat pos atau jpj sendiri dan bayaran untuk perbaharui lesen tertakluk kpd tempoh lesen yg kita prbaharui itu. tk :)

      Delete

terima kasih.. :)