Friday, December 28, 2012

TAMBAH KELAS LESEN MEMANDU ( UPDATED 2015 !!)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tetamu cikgu zul sekolah memandu


UPDATED 2015 !!! Lesen motor dah ada?? nak tambah lesen kereta macam mana pula ye..bermula Julai 2014, bagi calon yang sudah memiliki lesen memandu B2 atau D, anda perlu menghadiri kelas KPP 1 (ceramah ) dan menduduki ujian undang-undang. Baru-baru ni kita telah dimaklumkan dari berita  bahawa ujian undang-undang akan berbalik kepada modul asal iaitu hanya perlu menjawab sekali sahaja bagi calon yang mendaftar lesen kereta dan motor. Walaubagaimana pun pihak sekolah memandu belum menerima surat pekeliling atau hitam putih berkaitan arahan baru tersebut. Sehingga hari ini ( 28 Jan 2015) calon diwajibkan untuk menjalani 2 kali ujian undang-undang jika mendaftar lesen memandu motor dan kereta. Harap maklum...


{VERSI LAMA. SUDAH TIDAK RELEVAN. SEKADAR PENGETAHUAN AM SHJ} Lesen motor dah ada?? Itu salah satu soalan famous yang saya ajukan kepada calon yang ingin menambah kelas lesen memandu motokar (D). Apa itu tambah kelas lesen memandu? Senang cerita tambah kelas tu adalah bila anda ingin menambah kelas lesen yang lain. Contoh; Mukmin dah ada lesen motor (B2) dan hanya memiliki lesen motor (B2) shj pada tahun 2010. Pada tahun ini (2013) Mukmin teringin mengambil lesen kereta (D). Makanya Mukmin boleh pergi mendaftar dengan En. Zul dan memaklumkan Mukmin ingin menambah lesen kereta atau kelas D.

Prosedur Tambah Kelas Lesen Memandu.

- Menghadiri Kursus Teori dan Amali 6jam.

- Cara mendaftar :

1) Bayaran permulaan hanya RM200 untuk kelas D (motokar) , E (lori) dan lesen LDL.
     RM170 untuk kelas B2 (motosikal tidak melebihi 250cc) , B (motosikal melebihi 500cc) dan lesen LDL.
2) Sediakan salinan kad pengenalan 2kpg;
3) Salinan lesen memandu 2kpg;
4) Gambar berwarna berlatarbelakangkan warna putih 2kpg;
5) Serah lesen LDL yang lama. JIka hilang, denda  RM10 dikenakan.

- Lesen (LDL) akan dikeluarkan dalam masa 1 minggu mengikut keadaan semasa.



4 comments:

  1. Assalamualaikum, saya nk daftar lesen L berapa harga? Kalau L-P pulak berapa harga?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, saya nk daftar lesen L berapa harga? Kalau L-P pulak berapa harga?

    ReplyDelete
  3. lesen kereta kebal berapa?

    ReplyDelete
  4. Sy nak tanya jika dah ade lasen kereta dan nak tambah lasen motorsikal kena ikut lulus ujian komputer dulu ke baru masuk bengkel atau tak paya terus aje masuk bengkel

    ReplyDelete

terima kasih.. :)