Tuesday, October 28, 2014

KELAS-KELAS LESEN MEMANDU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer Cikgu Zul sekolah memandu. Terima Kasih diucapkan kepada anda semua yang sudi singgah di laman ini. Semoga segala maklumat dapat disampaikan kepada pembaca hendaknya.


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan lesen memandu mengikut kelas-kelas seperti berikut :



A - Kenderaan Orang Cacat (Motosikal) berat tanpa muatan tidak melebihi 450 kg MOTOSIKAL (PERSEORANGAN)

A1 - Kenderaan Orang Cacat (Motokar) berat tanpa muatan tidak melebihi 3500 kg

B - Motosikal perseorangan

B1 - Motosikal perseorangan tidak melebihi 500 cc (superbike)

*B2 - Motosikal perseorangan tidak melebihi 250 cc (motosikal biasa yang orang guna. cth : EX5)

C - motosikal selain daripada motosikal perseorangan ( motosikal roda tiga)

*D - Motokar berat tanpa muatan tidak melebihi 3500 kg (lesen kereta)

DA - Motokat tanpa pedal Klac, berat tanpa muatan tidak melebihi 3500 kg (lesen kereta AUTO)

*E / E1 -  Motokar berat tanpa muatan melebihi 7500kg (lori)

E2 - Motokar berat tanpa muatan tidak melebihi 5000kg

F - Traktor / Jentera bergerak ringan (beroda) berat tanpa muatan tidak melebihi 5000 kg

G  - Traktor / Jentera bergerak ringan (berantai) berat tanpa muatan tidak melebihi 5000 kg

H - Traktor / Jentera bergerak berat (beroda) berat tanpa muatan tidak melebihi 5000 kg ( JCB )

I - Traktor / Jentera bergerak berat (berantai) berat tanpa muatan tidak melebihi 5000 kg


* Lesen memandu keperluan (yang utama). Cepat !! dapatkan lesen memandu anda sebelum terkenakan saman. hee. Memandu Secara Berhemah.






No comments:

Post a Comment

terima kasih.. :)